XOX dan UniComms Memulakan Kerjasama untuk Meningkatkan Gaya Hidup Digital Pelajar Universiti UCSI

XOX, penyedia kemudahan telekomunikasi Malaysia, dan UniComms International Sdn Bhd, anak syarikat UCSI Group, mengumumkan hasrat mereka untuk bekerjasama dalam perkongsian strategik yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman digital pelajar pendidikan …

XOX dan UniComms Memulakan Kerjasama untuk Meningkatkan Gaya Hidup Digital Pelajar Universiti UCSI Read More

Tencent Cloud Unveils Latest AI Solutions at Inaugural Tencent Cloud Day in Malaysia

Tencent Cloud, the cloud business of global tech company Tencent, recently hosted the highly anticipated Tencent Cloud Day event in Malaysia. As the annual spotlight activity organized by Tencent Cloud in the country, Tencent Cloud’s revolutionary AI and media …

Tencent Cloud Unveils Latest AI Solutions at Inaugural Tencent Cloud Day in Malaysia Read More

Usahawan bimbingan INSKEN sumbang RM21 juta kepada negara sepanjang 2022

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) satu daripada agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melakar sejarah baharuapabila berjaya menyumbang RM21 juta kepada ekonomi negara melalui pelbagai programbimbingan usahawan sepanjang 2022. Menurut kenyataan INSKEN, kejayaan itu dihasilkan melalui pelaksanaan 38 programbimbingan iaitu Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), OnlineOnboarding Coaching Programme (E-Board), Program Bimbingan Pembangunan Produkdan Program Bimbingan Keuntungan Menu. Berdasarkan laporan pencapaian 2022, INSKEN berjaya melatih 21,385 usahawansekaligus melepasi sasaran 2022 iaitu seramai 13,390 usahawan. Kesemua usahawan itu dilatih melalui 502 program latihan dan bimbingan. Program yangdilaksanakan sepanjang tahun lalu juga mencapai 119 peratus iaitu melepasi sasaran awalsebanyak 422 program. Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dalamkenyataan hari ini berkata, INSKEN terus mengekalkan momentum kecemerlangan keranaprogram-program yang dilaksanakan adalah berasaskan keperluan semasa usahawan.  “Pelbagai kisah kejayaan telah dibuktikan bukan sahaja melalui laporan pencapaiantahunan, malah turut diakui oleh usahawan-usahawan sendiri yang menyertai programINSKEN,” katanya. Beliau percaya dengan kesungguhan INSKEN membantu usahawan di seluruh Malaysia,lebih ramai usahawan akan dapat memajukan perniagaan dan seterusnya menyumbangkepada pertumbuhan ekonomi negara. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata,sasaran INSKEN tahun lalu tercapai untuk membantu lebih ramai usahawan mikro dan tidakformal. Beliau berkata, kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama baik semua agensi yang turutmelaksanakan program yang sama. “Tahun lalu, INSKEN melaksanakan 311 program kolaborasi bersama Amanah IkhtiarMalaysia (AIM), Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) dan ProfessionalTraining And Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ),” katanya. Katanya lagi, tahun ini INSKEN akan terus melaksanakan kesemua program latihan danbimbingan sedia ada dengan penambahan dua program baharu iaitu Program UrusKewangan Untuk Perniagaan Kecil dan Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis(KAPPS).  “Program Urus Kewangan Untuk Perniagaan Kecil merupakan program lanjutan dan bakaldilaksanakan selepas Kursus Urus Tunai (KUT) yang telah dilaksanakan tahun lalu.  “Manakala KAPPS direka khas untuk membantu usahawan membangunkan produk atauperkhidmatan berdasarkan kehendak pasaran,” katanya. Selain itu katanya, terdapat penambahan industri baharu bagi Program IBBC iaitu Pet Care,Grocery Store, Printing & Related Services dan Kraftangan.  “Tahun ini INSKEN mensasarkan untuk melatih 7,940 usahawan melalui 225 program latihandan bimbingan. “INSKEN mengalu-alukan kolaborasi di antara kementerian dan agensi dalam usahamembantu memantapkan lagi ekosistem keusahawanan negara,” katanya. Muhd Firdaus berkata, sehingga kini INSKEN komited menghulurkan bantuan menerusiprogram latihan, bimbingan serta konsultasi percuma kepada semua kategori usahawan diMalaysia.  Maklumat lanjut mengenai kesemua program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuranINSKEN boleh diperolehi melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my

Usahawan bimbingan INSKEN sumbang RM21 juta kepada negara sepanjang 2022 Read More