Bantuan Pelajar Sabah

Pelajar di Sabah pada tahun 2023 mendapat manfaat daripada pelbagai program bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri. Antara program yang diteruskan adalah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti), Bantuan Ihsan Komputer Kepada Pelajar (BAIK), Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (Bagus), Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (Aksa), Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (Bistari), dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah).

Keseluruhan peruntukan untuk bantuan pendidikan ini adalah RM43 juta, meningkat RM8 juta berbanding tahun 2022.

Senarai Bantuan Pelajar Sabah

Berikut adalah ringkasan untuk setiap bantuan yang disediakan untuk pelajar di Sabah pada tahun 2023:

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi)

RM10 juta peruntukan untuk membantu 5,000 pelajar dengan bantuan RM1,500 untuk Diploma dan RM2,000 untuk Ijazah.

Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti)

RM8 juta peruntukan untuk 40,000 pelajar yang akan menduduki SPM, STPM, dan STAM, dengan bayaran sekali RM200 seorang.

Bantuan Ihsan Komputer Kepada Pelajar (BAIK)

RM2 juta peruntukan untuk membantu 1,000 pelajar mendapatkan komputer.

Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah (Bagus)

RM3 juta peruntukan untuk 1,500 PIBG, dengan bantuan sekali bayar RM2,000 setiap satu.

Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar (Aksa)

Pembiayaan RM100,000 untuk bayaran insentif RM2,000/RM5,000 di peringkat Kebangsaan dan RM4,000/RM6,000 di peringkat Antarabangsa.

Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (Bistari)

RM2 juta peruntukan untuk 10,000 bayi keluarga B40 dan M40 yang dilahirkan pada 2023, dengan simpanan RM200 dalam SSPN.

Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah)

RM12 juta peruntukan untuk penyediaan peralatan sekolah kepada 1,600 sekolah kebangsaan dan agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *